Saya Berharap dan Seandainya
Salam Semua
[LAYTA لَيْتَ DAN ARJUU أَرْجُو]
LAYTA لَيْتَ DAN ARJUU أَرْجُو kedua-duanya digunakan untuk mengekspresikan harapan tetapi terdapat perbezaan di antara keduanya.
LAYTA لَيْتَ - bermaksud seandainya, alangkah baiknya dimana kita gunakan untuk mengungkapkan sesuatu yang jarang atau mustahil akan terjadi.
Di dalam Al-Quran, kita boleh dapati penggunaan LAYTA ليت untuk situasi-situasi seperti berikut:
1) Ketika Qarun keluar menemui kaumnya sambil memamerkan kemegahan dan perhiasannya sehingga orang-orang yang menyaksikan berkata:
يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ
"ALANGKAH BAIKNYA kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik" - Al-Qasas :79
2) Pada hari kiamat dimana orang-orang kafir melihat azab Allah, mereka berasa berputus asa sambil berkata:
يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَابًا
"ALANGKAH BAIKNYA sekiranya aku dahulu adalah tanah" - An-Naba' :40
Dan banyak lagi yang boleh kita dapati di dalam Al-Quran.
ARJUU أَرْجُو pula dari perkataan رَجَا yang bermaksud SAYA BERHARAP. Pengharapan ini diiringi dengan kesungguhan, berfikiran positif bahawa apa yang diharapkan pasti akan terjadi.
Contoh di dalam Al-Quran:
1) Sifat orang mukmin yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أُو۟لَٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ ٱللَّهِ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu MENGHARAPKAN rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang - Al-Baqarah: 218
2) Orang mukmin yang mengharapkan pertemuan dengan Allah.
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Barangsiapa MENGHARAP perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya- Al-Kahfi: 110
Dan banyak lagi.
Semoga bermanfaat
Berikan contoh ayat LAYTA dan ARJUU