Makna-Makna Fi

Imej

 

 

Salam semua 

[MAKNA-MAKNA فِي]

Kalimah فِي termasuk di dalam salah satu huruful jar حُرُوْفُ الْجَرِّ bermaksud PADA, DALAM dan DI.

Apa itu Huruful Jar (حُرُوْفُ الْجَرِّ)?

Huruf jar adalah huruf-huruf tertentu yang membuat isim iaitu kata nama menjadi majrur.

Contohnya harakat berbaris bawah untuk kalimah مفرد (tunggal) seperti في المدرسةِ (di sekolah), bil yaa (بالياء) untuk مثنى (dua) seperti للمُعَلِّمَيْنِ (untuk dua orang guru)

Contoh ayat bahasa arab في bermaksud:

1) PADA: أزُورُ عائلَتي في وقت المساء (Saya melawat keluarga saya pada waktu petang)  
2) DALAM: أَخِي في البيت (Abang saya dalam rumah) 
3) DI: زَوجِي يَعمَلُ في ماليزيا الآن (Suami saya bekerja di Malaysia sekarang) 

Jom bina ayat menggunakan kalimah في