Makna مِنْ

 

 

Salam semua

[MAKNA مِنْ]

Kalimah مِنْ termasuk di dalam salah satu huruful jar حُرُوْفُ الْجَرِّ bermaksud DARI/DARIPADA/DENGAN.

Apa itu Huruful Jar (حُرُوْفُ الْجَرِّ)? 

Huruf jar adalah huruf-huruf tertentu yang membuat isim iaitu kata nama menjadi majrur.

Contohnya harakat berbaris bawah untuk kalimah مفرد (tunggal) seperti مِنَ الحديقة (dari sekolah), bil yaa (بالياء) untuk مثنى (dua)  seperti للمُعَلِّمَيْنِ (untuk dua orang guru)

Contoh ayat bahasa arab مِن bermaksud:

1) DARIPADA : ثوبي مصنوعٌ من القطنِ (Baju saya diperbuat daripada kapas) 👕 bermaksud MATERIAL baju tersebut daripada kapas.

2) DARI: خرجتُ من الحديقة (Saya telah keluar dari taman) 👦🏞️ bermaksud PERMULAAN perjalanan bermula dengan keluar dari taman.  

3) DENGAN*: أخاف من طبيب الأسنان (Saya takut dengan doktor gigi) 👨‍⚕️ bermaksud SEBAB ketakutan disebabkan oleh doktor gigi.

*DENGAN dalam bahasa arab boleh diterjemahkan kepada بــ/ مع mengikut kesesuaian ayat.

Contoh:
 أذهب إلى المدرسة بالسيارة  🚗🏫
 Saya pergi ke sekolah dengan kereta 🚗🏫

فاطمة تسكن في كوالا لمبور مع أسرتها 
Fatimah tinggal di Kuala Lumpur dengan/bersama keluarganya 

Semoga bermanfaat 

Jom bina ayat