Kata penunjuk
Salam semua
[ASMAAUL ISYARAH أسماء الإشارة]
Di antara Asmaaul Isyarah (Kata penunjuk) pilihan pada kali ini ialah
هذا HAZAA,
هذان HAZAANI dan
هؤلاء HAULAAI.
Persamaan kata penunjuk هذا HAZAA, هذان HAZAANI dan هؤلاء HAULAAI ialah:
Bermaksud INI
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang DEKAT dengan kita
Untuk Muzakkar*
Apa beza هذا HAZAA, هذان HAZAANI dan هؤلاء HAULAAI kalau dah semuanya bermaksud "ini"? Bertenang...
1) Kata penunjuk هذا HAZAA, untuk mufrad muzakkar (satu benda/ satu ekor haiwan jantan/ seorang lelaki) seperti
هذا أبي الحبيب INI ayah saya yang dikasihi
هذا قلم INI sebatang pen
2) Kata penunjuk هذان HAZAANI pula untuk musanna muzakkar (dua benda atau haiwan jantan/ dua orang lelaki/ dua orang terdiri dari lelaki dan perempuan) seperti
هذان الأخوان يلعبان
Dua orang adik-beradik INI sedang bermain
هذان قلمان INI dua batang pen
3) Kata penunjuk هؤلاء HAULAAI pula untuk jamak muzakkar (tiga dan lebih- samada kesemuanya lelaki atau bercampur lelaki dan perempuan. HANYA untuk yang berakal sahaja [manusia]) seperti
هؤلاء الأطباء ماهرون Mereka INI para doktor yang mahir
Semoga faham dan bermanfaat