Bagaimana memohon pertolongan dari Allah
Familiar dengan ayat dibawah?
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan"
Ya, ayat yang sering kita baca dalam solat 5 waktu.
[BAGAIMANA MEMOHON PERTOLONGAN DARI ALLAH SWT]
Sebagai hamba Allah SWT yang lemah, kita sentiasa berhajat kepadaNya.
كيف نستعين باللّه؟ -
Bagaimana kita meminta pertolongan dari Allah?
Sebelum berdoa kepada Allah SWT, dan berharap doa kita dimakbulkan kita haruslah:
نملأ قلوبنا بحبّ الله -
1) Penuhkan hati-hati kita dengan kecintaan kepada Allah.
Seperti mencintai perkara yang dicintai Allah dengan membuat amal soleh, meninggalkan laranganNya serta mengikuti arahanNya.
نتذكر أنه قادر على كل شيء -
2) Ingat bahawa Dia berkuasa atas segala sesuatu.
Allah Maha kuasa ke atas sesuatu, segala apa yang berada di langit dan di bumi dibawah kekuasaan dan izinNya
ندعو ونعمل بصدق -
3) Kita berdoa dan beramal dengan tulus
Berdoa dan berharap dengan tulus ikhlas. Sentiasa bersangka baik bahawa Allah akan memberikan apa yang kita hajati dan inginkan pada waktu yang terbaik, disamping sentiasa melakukan amal soleh kerana Allah SWT.
Semoga bermanfaat