Ismul Iayarah: Hazihi (Ini)

الصورة

 

 

[ISMUL ISYARAH: HAZIHI]

Anda kenal ISMUL ISYARAH? 

ISMUL ISYARAH (kata penunjuk) HAZIHI هذه merupakan salah satu kata penunjuk untuk sesuatu yang dekat (أسماء الإشارة للقريب) bermaksud INI.

PENGGUNAAN هذه DI DALAM AYAT:

 Secara umumnya, kata penunjuk هذه adalah untuk مؤنث مفرد (perempuan/betina tunggal) samada untuk yang berakal (العاقل) iaitu manusia atau yang tidak berakal (غير العاقل) selain dari manusia.

 Digunakan untuk menunjuk pada jarak yang dekat.

Seperti contoh:
- هذه فاطمة هي ربة بيت نشيطة
- Ini Fatimah. Dia seorang surirumah yang aktif. 

- هذه سيارة جديدة
- Kereta ini baru. 

 Kata penunjuk هذه juga digunakan untuk menunjuk kepada sesuatu yang جمع (bilangan tiga dan lebih) samada kata tunggalnya adalah مؤنث (muannas) atau مذكر (muzakkar) tapi..dengan SYARAT untuk sesuatu selain manusia (غير العاقل)

Seperti:
1) هذه السفن كبيرة
Kapal-kapal ini besar 

- Kata tunggal السفن ialah السفينة dan ianya adalah مؤنث.

2) هذه المساجد جميلة
Masjid-masjid ini cantik
-Kata tunggal المساجد ialah المسجد dan ianya adalah مذكر.

 Walaupun kata penunjuk bagi jumlah yang banyak (3 dan lebih) ialah هؤلاء, tetapi kata penunjuk ini hanya untuk manusia (العاقل) sahaja seperti yang boleh kita dapati dalam Al-Quran:

قالَ يا قَومِ هٰؤُلاءِ بَناتي هُنَّ أَطهَرُ لَكُم
Luth berkata: "Wahai kaumku ini puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu" - Hud: 78

Semoga faham dan bermanfaat