Tentang Maf'ulun bih

الصورة

 

 

Salam semua, hari ini kita belajar berkenaan dengan...

مفعول به Maf'ulun bih

Maf'ulun bih diertikan sebagai (isim) kata nama yang menjadi objek.

Atau bahasa yang lebih mudah ianya ialah sasaran perbuatan pelaku yang terdapat dalam sebuah jumlah yang terdiri dari  susunan fi'il فعل (kata kerja) , faa'il فاعل (pelaku) dan maf'ul bih مفعول به (objek).
 
Hukum i'rab bagi maf'ulun bih ialah mansub (منصوب) dan tanda asal baris bagi mansub  ialah fathah (berbaris atas)

Contoh yang boleh kita lihat di dalam al-quran pada surah yusuf ayat 36.

وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيَانِ ۖ قَالَ أَحَدُهُمَا إِنِّي أَرَانِي أَعْصِرُ خَمْرًا ۖ وَقَالَ الْآخَرُ إِنِّي أَرَانِي أَحْمِلُ فَوْقَ رَأْسِي خُبْزًا تَأْكُلُ الطَّيْرُ مِنْهُ ۖ نَبِّئْنَا بِتَأْوِيلِهِ ۖ إِنَّا نَرَاكَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ (36)

أَحْمِلُ فَوْقَ رَأْسِي خُبْزًا
Aku membawa di atas kepalaku roti

Roti disini ialah mafu'lun bih :)

Jom kongsikan ayat yang terdapat maf'ulun bih di ruang komen