IN إنْ DAN IDZA إذا
✏️ IN إنْ dan IDZA إذا termasuk dalam أدوات الشرط (Adawaatu asy-syarthi) yang bermaksud:
Sekiranya, jika, apabila, seandainya..
🌟 Walaupun berkongsi makna yang sama, tetapi terdapat SEDIKIT perbezaan diantara keduanya.
❓Apakah sedikit perbezaan tersebut?
📖 IN إن SELALUNYA digunakan pada ayat bagi sesuatu yang kita inginkan/fikirkan menjadi tidak pasti, ada syak disitu.
Contohnya:
إن أصابك مرض فاذهب إلى العيادة.
🤒 Sekiranya/Jika awak ditimpa kesakitan, maka pergilah ke klinik.
Contoh pada surah Yusuf: 26-27
إِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Maksudnya: "Jika bajunya koyak di hadapan, maka wanita itu benar dan dia (Yusuf) termasuk orang-orang yang dusta.
وَإِن كَانَ قَمِيصُهُۥ قُدَّ مِن دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ ٱلصَّدِقِينَ
Maksudnya: "Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar".
-------
🍄 Manakala إذا pula, SELALUNYA untuk sesuatu yang pasti akan berlaku.
Contohnya:
إذا غربت الشمس نستعد لصلاة المغرب.
Apabila/Jika matahari telah terbenam, kita bersiap untuk solat maghrib.
Contoh dari surah An-Nasr: 1
إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ
Maksudnya: Apabila/Jika telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.
Faham? 👩🏫
Semoga bermanfaat 🙆🏻♀️