Tentang kita

KENALI FASEEH

 

FASEEH bermaksud yang lancar berbicara,  Mula ditubuhkan dan beroperasi secara rasmi pada 2019. Faseeh merupakan sebuah medium pendidikan secara talian, menyampaikan maklumat pembelajaran Bahasa Arab Fushah dengan cara yang mudah difahami, menarik serta sesuai untuk semua peringkat umur. 

MISI & VISI

Selaras dengan visi 'Berbahasa arab sehingga faseeh', kami optimis dalam membantu masyarakat untuk mengenali, memahami dan mencintai bahasa Arab Fushah, kerana bahasa arab fushah adalah bahasa yang indah digunakan sebagai perantaraan wahyu (Al-Quran) kepada Nabi Muhammad SAW. 
 
Oleh itu, kami mengambil inisiatif ini secara serius untuk merealisasikan visi ini dengan mengajar dan berkongsi maklumat bahasa Arab kepada para pelajar menggunakan modul-modul gambar yang menarik, audio dan video yang jelas, aktiviti-aktiviti pengukuhan dan pemahaman serta mengalakkan pelajar-pelajar Faseeh untuk bertutur dalam bahasa arab fushah dengan bantuan bimbingan guru yang berpengalaman secara santai.